ASET DAN DOA BUAT ANAK
■yang belum ada anak wajib baca!
Sungguh anak adalah yg tidak ternilai. Jadikanlah anak sebagai aset yg boleh memimpin tangan2 kita masuk kedalam syurga.
Buat masyarakat, janganlah kalian menyoal berkaitan zuriat kpd pasangan2 yg telah berkahwin kerana SEMUA yg berkahwin berhajat kpd anak.
Tetapi anak ini adalah REZEKI. Hebat mana pun kita,ubat apa pun kita makan tak kiralah tongkat ali ataupun tongkat motor. Saat Allah tidak izinkan sudahpasti tidak memperoleh.
Wallahi pertanyaan berkaitan anak ini sangat menyakitkan bagi pasangan2 yg dah berkahwin tetapi diuji ujian zuriat. Kita sedang berdosa!
Pengalaman seusai kuliah subuh didatangi sepasang suami isteri dan mereka mengadu betkaitan usaha mrk mendapatkan anak hampir 10tahun gagal. Bergaduh sampai dah biasa sbbkan isu yg sama.
Malah yg mengejutkan mrk katakan sesekali tidak mereka akan balik ke kampung semasa perayaan krn STRESS mak ayah dan mertua serta adik beradik akan tanya berkaitan zuriat.sungguh mereka sangat tertekan dan terluka. Sekali lagi kita berdosa!
Didalam Al Quran Allah mengkisahkan 2 rasul yg diuji berkaitan zuriat iaitu Nabi Zakaria AS dan Nabi Ibrahim AS.
Amalkan doa yg diajarkan Allah. Doa ini juga dibacakan oleh Nabi Ibrahim AS saat ketika mana diuji berkaitan zuriat iaitu
● Surah Assaffat ayat ke 100.
" Rabbi Habli Minassolihin"
Ya Allah kurniakan kami zuriat yang soleh/ah
Doa ini juga WAJIB diamalkan oleh semua moga2 Allah menjadikan zuriat kita mampu memimpin tgn kita ke syurga kelak.
Mana mana pasangan yang belum dikurniakan zuriat amalkan doa diatas dgn bbrpa cara :
1) dibacakan didalam solat iaitu saat sujud terakhir dan juga doa ketika selesai solat
2) dibacakan pada ubun2 isteri sebelum tidur ( doa diubun2 ni jgn dok buat masa nikah ja lepas tu haram xbuat dh,amalkanlah sungguh ia sgt bermanfaat)
3) saat sedang membasuh beras,air dan apa2 jenis makanan zikirlah dgn doa ini.
Sungguh bab ni dh dibuktikan oleh kajian sains iaitu Dr.Masaru Emoto (boleh search sendiri di youtube) yg menulis buku "The Miracle Of Water"
Moga pada pasangan2 yang belum dikurniakan zuriat Allah limpahkan rezeki yg murah termasuk anak2 buat kalian dan menjadikan anak2 kalian dlm kalangan orang yang SOLEH dan SOLEHAH. AMEN!
Kongsikan buat sahabat yang lain ya moga bermanfaat.
Kredit : Mohammad Yaakub Yusra
Kompleks Dakwah Darul Murtadha
.
Jom Join Telegram Channel Ceramah Ustaz dan Ustazah untuk berita LIVE STREAMING terkini : Klik link dibawah
https://t.me/ceramahdankewangan
Comments
Post a Comment