Tazkirah ZAWAL
Kata Mu'allif lagi tentang "bisikan" SYAITAN
"Bahawasanya syaitan, sanya terkadang menyeru kepada KEBAJIKAN dan menyahaja (sengaja) akan dia, pada yang demikian itu, akan kejahatan, seperti ia menyeru akan dia, kepada yang mafdhul (yakni lawan kepada afdhal), yang kurang afdhal-nya, atau menyeru akan dia kepada kebajikan supaya menghela akan dia kepada DOSA yang BESAR, yang tiada memadai kebajikan, demikian kejahatan, daripada [sifat] UJUB atau lainnya."
"Maka inilah DUA SERUAN yang berdiri kedua-nya, atas hati-nya, menyeru kedua-nya, dan iaitu mendengar, dan hati-nya berasa yang demikian itu, atas barang yang diriwayatkan pada akhbar bahawasanya apabila diperanak bagi anak Adam, atas anak, diserta dengan dia [oleh] ALlāh Ta'āla malaikat dan di-serta dengan dia syaitan, maka SYAITAN berdiri atas TELINGA HATI [anak] Adam sebelah KIRI, dan MALAIKAT berdiri atas telinga-nya yang KANAN, maka kedua-nya menyeru kedua-nya."
• Mafdhul maksudnya; yang kurang utama atau kurang pentingnya, atau yang "secondary"...
• Afdhal maksudnya; yang utama atau yang lebih penting atau yang "priority"...
HURAIANNYA secara ringkas:
"Bahawasanya syaitan,
(yakni seteru atau musuh bagi sekalian manusia, terutamanya kepada orang yang beriman, yang sedang berusaha untuk mendekatkan diri kepada ALlāh Ta'āla dengan berbagai amalan bagi menuju perjalanan-nya kepada-Nya)
..sanya terkadang menyeru kepada KEBAJIKAN,
(selain dari ia yakni syaitan itu menyeru kepada maksiat yakni supaya derhaka kepada Perintah dan Larangan Tuhan, dengan dibisikkan-nya dalam hati kita agar bertambah2 kita membuat kejahatan dan kemungkaran, ia juga BOLEH menghasut kita ketika kita sedang beramal itu)
..dan menyahaja akan dia,
(yang maksudnya; didorongkan-nya hati kita itu hingga mendatangkan pada perasaan kita hendak bersungguh2 beramal)
..pada yang demikian itu,
(yakni pada amalan yang kita sedang buat itu, contohnya didorongkan-nya kita solat, walhal cara solat kita itu salah, atau didorongkan kita hari2 rasa hendak berpuasa, maksudnya kita rasa teruja sangat walhal dia tahu kita akan cepat jemu dan akhirnya bila sudah jemu sampai masa kita langsung tak nak buat lagi dll)
..akan kejahatan,
(maksudnya dalam kesungguhan kita itu, ada perasaan berasa kita yang buat bukan-nya kerana pertolongan Tuhan, dalam ertikata lain dalam melakukan kebajikan ada kejahatan)
..seperti ia menyeru akan dia, kepada yang mafdhul (yakni lawan kepada afdhal), yang kurang afdhal-nya,
(contohnya lagi kita buat yang sunat tapi yang wajib kita tinggalkan, contohnya kita sibo berbuat baik dengan orang lain walhal ibu kita yang terlantar sakit langsung kita tidak pergi ziarah, atau kita sibo hendak pegi umrah walhal jiran sebelah menangis kelaparan, atau kita sibo nak berwirid, walhal tetamu yang hadir ke umah patut kita raikan, atau kita beriya nak posa, walhal kita sedia maklum jiran jemput hadir aqiqah anak-nya dan seterusnya)
..atau menyeru akan dia kepada kebajikan supaya menghela akan dia kepada DOSA yang BESAR,
(yang dimaksudkan dengan "dosa besar" di sini, seperti beramal dengan riya', berilmu dengan sombong dan bongkak, bersedekah tapi untuk publisiti atau populariti dll yang seumpamanya)
..yg tiada memadai kebajikan,
(maksudnya amalan yang sepatutnya dilimpahi dengan kebajikan tetapi terselit kebatilan)
..demikian kejahatan,
(kejahatan dalam kebaikan, kemungkaran dalam kebajikan, beramal dalam kebatilan dan seterusnya)
...daripada [sifat] UJUB atau lainnya."
*lebih kurang yang sempat saya salin dan kongsikan dengan tuan-puan.
Huraian rangkap kedua adalah seperti berikut...
"Maka inilah DUA SERUAN yang berdiri kedua-nya,
(maksudnya inilah 2 keadaan hasutan yang akan hadir pada kita, iaitu samada kita buat maksiat terus menerus dan mendapat dosa serta kita jadi semakin jauh daripada ALlāh Ta'āla, atau pun kita mengerjakan amal ibadat tetapi amalan kita itu adalah sia2, sebab tidak ada kebaikannya kerana kita lakukan bukan kerana ALlāh Ta'āla tetapi kerana riya', atau sombong, atau ujub, lalu ianya menyebabkan kita mendapat dosa dan kita juga jadi semakin jauh daripada Tuhan... Ini yang dikatakan beramal tanpa keberkatan malah mendapat celaan)
..atas hati-nya,
(maksudnya yang akan selalu datang dan pergi antara keduanya, iaitu menganggu mencabut "keikhlasan" daripada hati kita)
..menyeru kedua-nya,
(maknanya syaitan tidak akan berlepas tangan, kalau ia gagal menghasut kita kepada maksiat, ia akan hasut pula ketika kita ketika sedang beramal.. tujuan-nya tidak lain melainkan hendak mengelincirkan kita daripada berada dalam landasan yang BENAR.)
..dan iaitu mendengar,
(maksud "mendengar" di sini ialah hingga kita ikut dia, atau hingga kita dengar cakap dia, hingga kita ikut telunjuk dia)
..dan hatinya berasa yang demikian itu,
(dan kita rasa yang kita buat itu BETUL walhal tersembunyi nyatanya ianya SALAH, atau kita berasa yakin kita sudah buat yang terbaik sebenarnya kita baru buat sedikit, atau mungkin tak buat langsung.. kita aje terperasan kita sudah buat yang banyak, atau kita rasa sudah sempurna pekerjaan kita walhal sebenarnya kita semakin terpesong daripada jalan yang sebenar... contohnya seperti golongan Rafidho atau Syiah yang berasa mereka benar tetapi sebenarnya salah, sebab mereka mengkafirkan para Sahabat RasūluLlāh sallaLlahu alaihi wassallam namun setiap daripada mereka yakin sungguh bahawa amalan mencerca Sahabat itu adalah tuntutan agama, bersyukurlah kita kerana diselamatkan tidak menjadi seperti mereka)
..atas barang yang diriwayatkan pada akhbar bahawasanya apabila diperanak bagi anak Adam, atas anak,
(maksudnya apabila lahir sahaja seorang manusia.. *disebut nama Nabi Adam alayhissalam di sini kerana ingin mengingatkan kita kisah Nabi Adam dan ibunda kita Siti Hawa, bagaimana syaitan itu berjanji dan berjaya menghasut kedua-nya hingga terkeluar dari syurga, untuk memberitahu kita betapa liciknya syaitan itu dalam kerja2 hasutan-nya dan mengingatkan kita bagaimana ketaatan para Malaikat mematuhi Perintah Tuhan supaya "sujud" kepada "Bapa dan Ibu" kita..)
..diserta dengan dia [oleh] ALlāh Ta'āla malaikat dan diserta dengan dia syaitan,
(maknanya akan ada syaitan dan juga malaikat, syaitan mendatangkan WAS-WAS dan malaikat akan mendatangkan ILHAM kepada kita)
..maka SYAITAN berdiri atas TElINGA HATI [anak] Adam sebelah KIRI, dan MALAIKAT berdiri atas telinga-nya yang KANAN, maka kedua-nya menyeru kedua-nya."
(maknanya di sini pada hati kita juga ada telinga iaitu "Telinga Batin", telinga zahir ialah telinga yang ada di kepala kita itu yang bule mendengar apa yang nyata disekeliling kita, manakala telinga batin ialah telinga yang akan terdengar2 kata hati yang akan mendorong kita buat perkara yang salah)
*sepertimana yang telah beberapa kali saya sebutkan sebelum ini, huraiannya panjang... ada yang satu baris itu memakan masa 2 3 minggu huraiannya. Contoh seperti baris kisah Nabi Adam alayhissalam...
Moga ada manfaatnya huraian ringkas ini buat kita KONGSIKAN bersama...
Untuk lebih berhati2 dan berjaga2 ancaman SYAITAN yang tidak pernah ada cuti dan rehatnya untuk merosakkan keimanan kita dan mengelincirkan kita daripada berada dalam perjalanan menuju kepada Pencipta kita...
Contoh lagi satu guru saya kata;
"Orang yang terlalu sibo dengan dakwah-nya kepada orang lain hingga terabai dakwah untuk diri-nya sendiri, adalah tanda orang itu juga telah tergelincir bersama ghurur, tanpa ia sedari."
والله أعلم
Kredit #lebaikampung
.
Jom Join Telegram Channel Ceramah Ustaz dan Ustazah untuk berita LIVE STREAMING terkini : Klik link dibawah
https://t.me/ceramahdankewangan
Comments
Post a Comment