Kata Imam al-Qusyairy rahimahuLlāh; EMPAT bisikan akan hadir dalam sepanjang hidup kita di dunia ini, iaitu:
1. Bisikan dari SYAITAN, iaitu yang menimbulkan rasa WAS-WAS di dalam amalan kita, terutama ketika sedang melakukannya dan akan menimbulkan rasa seronok pada hati kita apabila dengan maksiat, maksudnya kita seronok dan teruja bila melakukan maksiat dan berasa ragu2 dalam mengerjakan ibadah.
2. Bisikan dari HAWA NAFSU, iaitu yang banyak datang dalam berupa ANGAN2 dengan lebih banyak menggunakan logikal akal dalam setiap pekerjaan kita, terutamanya dalam bab keagamaan.
3. Bisikan melalui MALAIKAT, iaitu yang mendatangkan ILHAM kepada kita yang sesuai dengan ilmu (hukum syara'), maksudnya minda yang berfikir dengan panduan ilmu yang betul dan benar.
4. Dan yang terakhir sekali ialah lintasan yang datang dari ALlāh Ta'āla iaitu Lintasan AL-HAQ, iaitu yang membuat kita cenderong kepada kebaikan. Lintasan ini adalah bersih dari sifat2 kekejian dan kemaksiatan.
Kredit : Fb Lebai Kampung
Jom Join Telegram Channel Ceramah Ustaz dan Ustazah untuk berita LIVE STREAMING terkini : Klik link dibawah
https://t.me/ceramahdankewangan
Comments
Post a Comment