Panduan Khusyuk Sembahyang
olih : Al-Habib Umar bin Hafidz
Firman Allah :
قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ ﴿١﴾ الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ
artinya : “Sungguhnya telah berjayalah orang-orang yang beriman iaitu orang-orang yang khusyuk mereka itu di dalam sembahyang.”
(Al-Mukminun : 1-2)
Khusyuk dalam sembahyang adalah antara sebesar-besar nikmat yang Allah berikan kepada hamba-Nya.
Dan khusyuk dalam sembahyang juga adalah ukuran kejayaan seorang Mukmin di dunia ini.
Berikut enam panduan supaya khusyuk di dalam sembahyang yang telah disebut olih Al Habib Umar bin Hafidz yang telah disampaikan melalui Al Habib Abdul Qadir Al Hamid.
1. Hudurul Qolbi artinya menghadirkan hati. Hadirnya hati
hendaklah di latih terus-menerus. Apabila hati kemana-mana maka paksalah ia untuk kembali lagi. InsyaAllah hati akan terbiasa hadir.
2. Tafahhumul Ma’ani artinya cuba memahami apa yang kita sedang ucapkan dan sedang lakukan.
3. Al Ijlal Wa-Ta’dzhim artinya merasakan kebesaran Allah dan mengagungkan-Nya. Kerana terkadang hati kita hadir dan melihat kepada arti tetapi tidak ada rasa pengagungan kepada Allah.
4. Al Ijlal Wa-Ta’dzhim Ma’al Haibah artinya bersama dengan merasakan kebesaran dan keagungan Alah itu disertakan pula rasa hebat kepada Allah. Rasa hebat yakni takut kepada Allah ialah kesan mengagungkan-Nya kerana bimbang sembahyangnya tidak diterima olih Allah.
5. Ar-Roja' artinya besar harapan bahawa sembahyang kita diterima olih Allah yang menjadi sebab kita jadi dekat dengan Allah serta sangat mengharapkan balasan yang sempurna.
6. Hayah artinya rasa malu bahawa kita tidak menunaikan hak Allah sebagaimana yang sepatutnya.
Berkata Habib Umar lagi : JIka ada enam amalan ini pada diri kamu maka kamu terhitung sebagai orang yang khusyuk."
Mudah-mudahan kita diberikanlah olih Allah rasa khsuyuk di dalam sembahyang dan diterima sembahyang kita. Aaamiin
Wallahua'lam
Comments
Post a Comment