TIPS MENGHAFAL AL-QURAN


Alhamdulillah, pagi ini saya mendapat rezeki tips menghafal al-Quran daripada dua pegawai tinggi tentera dalam sesi sarapan bersama mereka, iaitu:


1. Jangan alih mata langsung daripada ayat Quran apabila kita membacanya bagi menghafal. Kelak apabila kita terlupa, ayat-ayat itu akan ternampak-nampak di depan mata.


2. Ulang baca setiap ayat sebanyak 7 kali. Apabila beralih kepada ayat kedua, ulang baca ayat sebelum (baca sekali). Sentiasa baca daripada ayat pertama sehingga habis hafal surah tersebut.


3. Kepada beginner, mulakan dengan menghafal surah lazim yang sebanyak 20 surah. Antara untungnya ialah ayat-ayat itu dibaca dalam solat dan juga menjadi pendinding diri.


4. Selepas 20 surah lazim, hafal pula surah Yassin, Sajadah dan Al-Kahfi. Selepas sampai ke tahap ini, barulah bertanya semula kepada guru Quran akan surah seterusnya.


5. Didik anak-anak menghafal surah Yassin. Kelak apabila ibubapa terlantar sakit, anak boleh bacakan surah Yassin pada bila-bila masa melawat walaupun tanpa naskah Quran atau terjemahan.


Semoga bermanfaat


Kredit : Fb Rihan Hashim 

Comments