Ustaz, orang perempuan tak wajib solat jumaat kan, jadi boleh ke terus solat di rumah apabila masuk waktu zohor?


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته...

Ustaz, orang perempuan tak wajib solat jumaat kan, jadi boleh ke terus solat di rumah apabila masuk waktu zohor?


Jawapan kami;


Solat Jumaat tidak diwajibkan ke atas wanita berdasarkan hadis :


الْجُمُعَةُ حَقٌّ وَاجِبٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ فِي جَمَاعَةٍ إِلاَّ أَرْبَعَةً عَبْدٌ مَمْلُوكٌ أَوْ امْرَأَةٌ أَوْ صَبِيٌّ أَوْ مَرِيضٌ


“Sembahyang Jumaat itu hak yang wajib ke atas setiap orang Islam dengan cara berjemaah kecuali empat golongan, iaitu hamba yang dimiliki, wanita, kanak-kanak atau orang sakit.”(Riwayat Abi Daud).


Imam al-Syafi‘i Rahimahullah berkata :


“Tidak (wajib) ke atas orang yang belum baligh, orang perempuan dan hamba menunaikan solat Jumaat.”


Justeru, golongan wanita disunatkan untuk menyegerakan perlaksanaan solat Zuhur tanpa menunggu solat Jumaat selesai didirikan agar dia memperolehi fadhilat solat di awal waktu.


Disebutkan oleh Imam al-Nawawi:


وَ لِغَيْرِهِ كَالْمَرْأَةِ وَالزَّمِنِ تَعْجِيلُهَا 


"Bagi selain golongan yang berkemungkinan uzurnya hilang sebelum solat Jumaat selesai dilaksanakan seperti wanita dan orang lumpuh sunat menyegerakannya (Zuhur)."

اليسع

Wallahu a'lam.


Koleksi Q&A Ustaz Alyasak

.


Jom Join Telegram Channel Ceramah Ustaz dan Ustazah untuk berita LIVE STREAMING terkini : Klik link dibawah


https://t.me/ceramahdankewangan

Comments