Nabi Habakuk adalah salah satu dari 124,000 Nabi yang Allah utus. Beliau adalah Nabi bagi Bani Israel. Suatu malam Nabi Habakuk tertidur dan bermimpi (mimpi para Nabi adalah wahyu),
Setelah selesai beribadah pagi hari, Maka Nabi Habakuk diperintah untuk keluar rumah dan berjalan ke arah timur.
Apabila diperjalanan ia berjumpa dengan benda pertama, maka makanlah.
Kemudian apabila di perjalanan ia berjumpa dengan benda kedua, maka tanamlah.
Kemudian apabila di perjalanan ia berjumpa dengan benda ketiga, maka sembunyikanlah.
Kemudian apabila ia berjumpa dengan benda keempat, maka berilah.
Dan apabila berjumpa dengan benda kelima, maka larilah. Begitulah isi mimpi Nabi Habakuk.
Keesokan harinya setelah beribadah kepada Allah, maka Nabi Habakuk keluar rumah dan berjalan ke arah timur.
Dalam perjalanan, benda pertama yang terlihat adalah sebuah bukit. Sedangkan perintah pertama adalah makanlah. Maka Nabi Habakuk tidak berpikir panjang atas apa yang telah Allah perintahkan kepada beliau. Maka ia pun berjalan ke kaki bukit itu, dan bersiap untuk memakannya. kemudian bukit itu mengecil hingga akhirnya bukit tersebut berubah menjadi sebuku roti. Maka Nabi Habakuk pun memakan roti tersebut.
Nabi Habakuk pun meneruskan perjalanan. Lalu berjumpalah ia dengan benda kedua, iaitu satu peti berisi emas. Sedangkan perintah kedua adalah tanamlah. Maka Nabi Habakuk menggali tanah, dan menanam emas itu. Namun ketika beliau hendak berlalu pergi, emas tersebut keluar dari tanah. Maka beliau menanamnya kembali. Hal itu terulang sampai 3 kali. Hingga akhirnya Nabi Habakuk meneruskan perjalanan.
Dalam perjalanan, Nabi Habakuk bertemu benda ketiga. Iaitu seekor burung pipit yang terbang dan terpogoh-gapah hingga akhirnya ia hinggap di lengan Nabi Habakuk. Nabi Habakuk bertanya:"Ada apa wahai burung?". Burung tersebut menjawab: "Aku tengah dikejar oleh seekor helang. Ia hendak memakan aku. Tolong sembunyikan aku. Dan apabila helang bertanya tentang aku, maka jawablah tidak tahu." Perintah ketiga adalah sembunyikan. Maka Nabi Habakuk menyembunyikan burung pipit tersebut dalam sakunya.
Setelah itu, jumpalah Nabi Habakuk dengan helang, benda keempat. Ia bertanya kepada Nabi Habakuk: "Wahai Nabi Allah, apakah engkau melihat seekor burung pipit lewat sini? sesungguhnya aku lapar sekali." Nabi Habakuk pun menjawab seperti permintaan burung pipit. Perintah untuk benda keempat adalah berilah. Maka Nabi Habakuk memberikan roti yang masih tersisa kepada sang helang.
Kemudian beliau melanjutkan perjalanan. Jumpalah beliau dengan tumpukan sampah. Perintah untuk beliau apabila bertemu dengan benda kelima adalah larilah. Maka Nabi Habakuk berlari menjauhi tumpukan sampah itu.
Hikmah:
Benda pertama (hendak memakan bukit): Ketika terasa sulit, terasa penat, terasa tidak akan tercapai, tapi Nabi Habakuk tetap menjalankan perintah Allah. Akhirnya Allah mengganti bukit dengan roti. Hikmahnhya adalah sabarlah dalam menjalankan perintah Allah.
Benda kedua (menanam emas): Apabila berbuat baik, janganlah dibangga-banggakan . Nantipun, Allah akan ganti harta kita dengan yang lebih baik.
Benda ketiga (menyembunyikan burung dalam saku): Jika ada yang meminta kita untuk menjaga rahasia, maka jagalah rahasia itu, jangan disebar-sebar kepada orang lain.
Benda keempat (memberi burung helang roti sisa): Apapun yang kita punya, meskipun sedikit, maka berilah kepada yang membutuhkan.
Benda kelima (berlari dari tumpukkan sampah): Tompokan sampah ibarat tempat orang yang saling mengumpat. Maka menjauhlah dari tempat tersebut sekuat tenaga.
Semoga bermanfaat
.
Jom Join Telegram Channel Ceramah Ustaz dan Ustazah : Klik link dibawah
Assalaamu'alaikum, saya menemui versi lain bagi perintah keempat dan kelima iaitu Nabi Habakuk tidak memberikan sisa roti yang terhasil dari mengikuti perintah pertama bahkan beliau telah memotong secebis daging pehanya sendiri untuk diberikan kepada helang. Manakala perintah kelima versi berkenaan ialah Nabi Habakuk telah terjumpa dengan mayat atau bangkai yang mula membusuk dan beliau melarikan diri daripada benda tersebut. Walaubagaimanapun hikmah dan moral dari cerita ini tidak berubah.
ReplyDeleteBenda hanya kiasan saja yang makna nya Sama
ReplyDelete