ALLAH MEMULIAKAN WANITA






Firman Allah SWT: ﷽


وَإِذْ قَالَتِ الْمَلَائِكَةُ يَا مَرْيَمُ إِنَّ اللَّهَ اصْطَفَاكِ وَطَهَّرَكِ وَاصْطَفَاكِ عَلَىٰ نِسَاءِ الْعَالَمِينَ [آل عمران : 42]


Ertinya: "Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika malaikat berkata: "Wahai Maryam! Sesungguhnya Allah telah memilihmu, dan mensucikanmu, dan telah memilihmu (beroleh kemuliaan) melebihi perempuan-perempuan seluruh alam (yang sezaman denganmu)." (Surah Ali Imran: 42)


🌼 Keterangan Ayat:


1. Malaikat berkata-kata dengan Maryam a.s! Menyampaikan berita gembira! Allah SWT telah memilihnya dan memuliakannya!


2. Allah SWT telah mensucikannya dan memberi kelebihan dan kemuliaan kepadanya! Melebihi semua wanita seluruh alam! 


3. Kerana ibadah dan ketaatannya kepada Allah SWT! Ketakwaan dan keikhlasannya kepada Allah!


Rujukan tafsir: At-Tabari, Al-Qurtubi, Ibn Kathir.


🌼 Antara Petunjuk Ayat:


1. Menghayati keimanan kita kepada para malaikat! Makhluk Allah yang amat berkait rapat dengan kita! Sejak mula penciptaan manusia!


2. Allah SWT telah memuliakan wanita melebihi ramai lelaki! Tiada kelebihan pada jantina melainkan dengan takwa! 


3. Ketaatan dan ketakwaan kita kepada Allah akan mengangkat darjat! Penyucian diri dari dosa akan menambah kemuliaan!


🌼 Kaedah Beramal:


1. Hendaklah kita menghayati keimanan kepada para malaikat! Merasai kehadiran mereka dalam kehidupan kita!


2. Jangan kita merendahkan kedudukan wanita! Tiada kelebihan melainkan dengan takwa! 


3. Hendaklah kita menambah ketaatan kepada Allah! Menyucikan diri kita dari dosa!


Ya Allah sucikanlah hati kami dari dosa, bantulah kami untuk bertakwa kepadaMu. Aamiin.



Jom Join Telegram Channel Ceramah Ustaz dan Ustazah : Klik link dibawah


https://t.me/ceramahdankewangan

Comments