BERBAHAGIALAH YANG RAJIN SOLAT DHUHA




Pertama : Orang yang rajin solat Dhuha, ALlāh Ta'āla akan mengampuni dosa²-nya. 


Dalilnya: "Barangsiapa yang selalu mendirikan solat Dhuha nescaya akan diampuni dosa²-nya walaupun sebanyak buih di lautan.”

(Hadith rowahu at-Tirmidzi)


Kedua : Barangsiapa yang menunaikan solat Dhuha ia tergolong sebagai orang yang bertaubat kepada ALlāh Ta'āla. 


Dalilnya; "Tidaklah seseorang yang selalu mengerjakan solat Dhuha melainkan ia telah tergolong sebagai orang yang bertaubat.”

(Hadith rowahu al-Hakim)


Ketiga : Orang yang menunaikan solat Dhuha akan dicatat sebagai ahli ibadah dan mereka taat kepada ALlāh Ta'āla. 


Dalilnya; "Barangsiapa yang solat Dhuha DUA rakaat, maka dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lalai. Barangsiapa yang mengerjakannya sebanyak EMPAT raka'at, maka dia ditulis sebagai orang yang ahli ibadah. Barangsiapa yang mengerjakannya ENAM raka'at, maka dia diselamatkan di hari itu (Kiamat). Barangsiapa mengerjakannya LAPAN raka'at, maka ALlāh Ta'āla tulis bagi-nya sebagai orang yang taat. Dan barangsiapa yang mengerjakannya DUA BELAS raka'at, maka ALlāh Ta'āla akan membangun sebuah rumah di Syurga untuk-nya.”

(Hadith rowahu at-Thabarani)


Keempat : Orang yang istiqomah melaksanakan solat Dhuha kelak ia akan masuk Syurga melalui pintu khusus, iaitu pintu yang bernama DHUHA yang disediakan oleh ALlāh Ta'āla. 


Dalilnya; "Sesungguhnya di dalam Syurga terdapat sebuah pintu yang bernama PINTU DHUHA. Apabila Kiamat telah tiba maka akan ada suara yang berseru; "Di manakah orang² yang semasa hidup-nya di dunia selalu mengerjakan solat Dhuha? Ini adalah pintu buat kamu semua. Masuklah dengan Rahmat ALlāh Subhanahu wata’ala.”

(Hadith rowahu at-Thabarani)


Kelima : ALlāh Ta'āla akan mencukupkan rezeki-nya. 


Dalilnya; "Wahai anak Adam, janganlah engkau merasa lemah dari empat raka'at (solat Dhuha) dalam mengawali hari-mu, nescaya Aku (ALlāh) akan mencukupi-mu (rezeki) di akhir hari-mu.”

(Hadith rowahu Abu Darda').


Keenam : Orang yang mengerjakan solat Dhuha ia telah mengeluarkan sedekah. 


Dalilnya; “Hendaklah masing² daripada kamu bersedekah untuk setiap ruas tulang badan-mu pada setiap pagi. Sebab tiap kali bacaan TASBIH itu adalah sedekah, setiap TAHMID adalah sedekah, setiap TAHLIL adalah sedekah, setiap TAKBIR adalah sedekah, menyuruh kepada yang ma’ruf adalah sedekah, mencegah yang mungkar adalah sedekah. Dan sebagai ganti dari semua itu, maka cukuplah mengerjakan dua raka'at solat Dhuha.”

(Hadith rowahu Muslim)


Yaa Allah permudahkanlah kami mendirikan Solat Dhuha.


#lebaikampung



Jom Join Telegram Channel Ceramah Ustaz dan Ustazah : Klik link dibawah


https://t.me/ceramahdankewangan


Comments