12 Wasiat Untuk Puteri Umamah




Umamah telah mewasiatkan kepada puterinya yang akan berkahwin dengan al-Harith bin Amru.


Katanya:


Wahai puteriku! Ada dua belas perkara yang inginku berikan pedoman kepadamu dan sebagai panduan untukmu dalam kehidupan berumahtangga:


1. Jalinkan hubungan dengan suami dengan penuh ketaatan.


2. Perhatikan kesukaannya dan jangan sampai dia melihat sesuatu yang buruk daripadamu atau tercium sesuatu yang tidak enak daripadamu.


3. Sentiasalah membanggakan suamimu kerana ini akan membuatkannya bertambah kasih padamu.


4. Benarkanlah segala pendapat dan sikapnya (selagi tidak bertentangan dengan syariat) nescaya, dia akan bersikap lembut terhadapmu.


5. Uruskan rumah tangga dengan baik dan sempurna.


6. Sentiasalah memelihara diri, keluarga dan kehormatannya.


7. Simpanlah segala rahsianya dengan baik.


8. Jangan sesekali kamu membantah suruhannya kerana ini akan melukakan hatinya.


9. Jagalah waktu makan dan waktu istirehatnya kerana perut yang lapar akan membuatkan darah cepat naik.


10. Jika dia sedang bergembira, janganlah kamu menunjukkan kesedihan.


Kamu mesti pandai mengikut suasana hatinya.


11. Hiasilah dirimu selalu agar dia gembira apabila memandangmu.


12. Jadikanlah dirimu itu sebagai pembantu kepadanya, nescaya dia akan menjadi penolong pula kepadamu.


Ustaz Ahmad Nasir



Jom Join Telegram Channel Ceramah Ustaz dan Ustazah :

Klik link ini - https://t.me/ceramahdankewangan

Comments