Jangan Bawa BAYI Merayau Di Luar Rumah Pada Waktu² Ini Sebab Ada Amaran Tentang GANGGUAN SYAITAN
Dari Ibnu Umar radhiyaLlāhu 'anhu, ia berkata; RasūluLlāh ﷺ bersabda: "Apabila pinggiran (sinar -bahagian kepala) matahari telah muncul maka tinggalkan-lah solat sehingga ia muncul seluruh-nya (sepenuhnya -bulat penuh), dan apabila pinggiran matahari telah terbenam maka tinggalkan-lah solat sehingga ia terbenam seluruh-nya."
(Hadith Sahih rowahu al-Imam Bukhari, hadith no.3272 dalam kitab Fathul Baari)
Riwayat lain, hal yang sama...
"Dan janganlah kalian mengkhususkan solat pada saat matahari terbit dan terbenam, kerana sesungguhnya matahari terbit di antara DUA TANDUK SYAITAN." Aku (Abdah ibn Sulaiman radhiyaLlāhu 'anhu) tidak tahu mana satu di antara kedua hal itu yang dikatakan oleh Hisyam رضي الله عنه .
(Hadith Sahih rowahu Imam al-Bukhari, hadith no.3273 dalam kitab Fathul Baari)
Dalam kaedah feqah pula; waktu terbit dan terbenam matahari ini dipanggil waktu "Tahrim".
Sebagaimana dijelaskan oleh para ulama feqah berdasarkan hadith² RasūluLlāh ﷺ bahawa waktu² tertentu yang ditegah melakukan sembahyang adalah seperti berikut:
1. Bermula dari terbit-nya matahari sehingga matahari naik tinggi sekira² kadar satu tombak. Satu tombak itu adalah kira² kadar-nya tujuh hasta paras ketinggian orang biasa dan satu hasta pula ialah kira² menyemai dengan lapan belas inci.
2. Waktu Istiwa' itu ialah waktu apabila matahari berada di tengah² langit sehingga gelincir matahari atau condong ke bawah. (Kecuali waktu istiwa pada hari Jumaat)
3. Waktu ketika matahari berwarna kekuning²-an sehingga tenggelam keseluruhan bulatan matahari itu di ufuk.
Ketiga² waktu ini ada disebutkan di dalam hadith RasūluLlāh ﷺ daripada ‘Uqbah bin ‘Amir al-Juhani katanya yang maksudnya:
“Tiga waktu yang RasūluLlāh ﷺ melarang kami solat dan mengkebumikan mayat, iaitu ketika matahari naik sehingga tinggi, ketika matahari tegak (terpacak) sehingga gelincir dan ketika matahari hampir terbenam sehingga ia terbenam”
(Hadith rowahu Imam Muslim)
Dalil lagi... bule jadi ada yang tidak puas hati, kitab yang dia ngaji lagi tebal 10 kali ganda daripada kita.. kita bawa dalil seperti yang di bawah ini pula...
Jangan bagi SYAITAN Masuk Rumah
Dari Jabir radhiyaLlāhu 'anhu, dari Nabi ﷺ, Baginda ﷺ bersabda:
"Apabila MALAM menjelang (atau apabila menjelang malam) maka TAHAN-LAH ANAK² kamu kerana sesungguhnya pada saat itu SYAITAN² BERKELIARAN. Apabila telah berlalu waktu Isyak maka lepaskan-lah mereka. TUTUP-LAH PINTU² [rumah] kamu dan sebutlah Nama ALlāh. PADAMKAN-LAH LAMPU kamu dan sebut-lah Nama ALlāh. IKAT-LAH MULUT WADAH tempat air kamu dan sebut-lah Nama ALlah. TUTUP-LAH BEJANA kamu dan sebut-lah Nama ALlāh, meskipun kamu hanya meletakkan sesuatu pada-nya."
(Hadith Sahih Bukhari, hadith no.3280, dalam kitab Fathul Baari karya Imam Ibnu Hajar al-Asqolani)
Dalam riwayat lain pula...
Dari Jabir Ibn Abdillah radhiyaLlāhu 'anhu, ia berkata, aku mendengar RasūluLlāh ﷺ bersabda:
“Tutupi-lah bejana² dan wadah² air. Kerana dalam satu tahun ada satu malam, ketika itu turun wabak, tidak-lah ia melalui bejana² yang tidak tertutup, ataupun wadah² air yang tidak diikat melainkan akan turun ke atas-nya sesuatu PENYAKIT.”
(Hadith rowahu Muslim)
Kesimpulan: Kalau Nabi ﷺ pesan HALANG Syaitan daripada masuk rumah, apatah lagi pula kalau pada waktu itu kita dan anak² kecil kita, kita bawa ronda² di luar rumah, atau kononnya untuk makan angin atau siar² petang. Lainlah kalau ada setengah orang itu dia bangga anak dia kuat sebab tulang anak dia besi, kulit-nya kayu meranti. Kita jangan le ikut perangai orang itu.. anak dia power.! Syaitan pon lari lintang pukang.. kan.!
Untuk keselamatan dan mengelak daripada anak bersikap buruk seperti syaitan, maka elok kita tahan mereka daripada keluar dan merayau di luar rumah di waktu tahrim.
#lebaikampung
Comments
Post a Comment