Memaafkan Hutang Orang Lain






عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ كَانَ رَجُلٌ يُدَايِنُ النَّاسَ فَكَانَ يَقُولُ لِفَتَاهُ إِذَا أَتَيْتَ مُعْسِرًا فَتَجَاوَزْ عَنْهُ لَعَلَّ اللَّهَ يَتَجَاوَزُ عَنَّا فَلَقِيَ اللَّهَ فَتَجَاوَزَ عَنْهُ


Dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Seorang lelaki pemberi hutang telah berkata kepada pembantunya: 'Apabila kamu pergi kepada seorang yang tidak mampu membayar hutang maka maafkanlah hutangnya, mudah-mudahan Allah memaafkan dosa kita, lalu orang tersebut meninggal dunia menemui Tuhannya, kemudian Allah memaafkan dosanya. (HR Muslim No: 2922) Status: Hadis Sahih


Pengajaran:


1. Beruntunglah orang yang diberi kelebihan harta serta mampu untuk membantu orang lain yang memerlukan dalam bentuk pinjaman


2. Beruntunglah orang yang memberi pinjaman kepada orang yang dalam kesusahan dan memudahkan urusan pemulangan hutang tersebut.


3. Beruntunglah orang yang memaafkan hutang yang diberikan kepada orang yang dalam kesusahan dan tidak mampu untuk membayarnya kembali dengan tidak menuntutnya.


4. Allah akan memberikan keampunan kepada pemberi hutang yang memaafkan peminjam yang tidak berkemampuan untuk membayar. Hadis Rasulullah SAW:


عَنْ حُذَيْفَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّ رَجُلًا مَاتَ فَقِيلَ لَهُ مَا عَمِلْتَ فَإِمَّا ذَكَرَ أَوْ ذُكِّرَ قَالَ إِنِّي كُنْتُ أَتَجَوَّزُ فِي السِّكَّةِ وَالنَّقْدِ وَأُنْظِرُ الْمُعْسِرَ فَغَفَرَ اللَّهُ لَهُ


Dari Hudzaifah dari Nabi SAW, baginda bersabda: "Seorang laki-laki meninggal, kemudian dikatakan kepadanya, "Apa yang telah engkau lakukan?" -ia menyebutkan atau disebutkan kepadanya- laki-laki itu berkata, Aku memberi toleransi dan kemudahan dalam masalah hutang kepada orang yang kesusahan.' Lalu Allah pun mengampuninya." (HR Ibnu Majah No: 2411) Status: Sahih


Semoga kita bersifat RAHMAH memberikan bantuan dan kemudahan kepada orang yang berhutang dengan kita. Moga Allah mengampunkan dosa kita.


#1Hari1Hadis


Comments