Firman Allah SWT: ﷽
وَمُصَدِّقًا لِّمَا بَيْنَ يَدَيَّ مِنَ التَّوْرَاةِ وَلِأُحِلَّ لَكُم بَعْضَ الَّذِي حُرِّمَ عَلَيْكُمْ ۚ وَجِئْتُكُم بِآيَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ فَاتَّقُوا اللَّهَ وَأَطِيعُونِ [آل عمران : 50]
Ertinya: "Dan juga (aku datang kepada kamu ialah untuk) mengesahkan kebenaran Kitab Taurat yang diturunkan dahulu daripadaku, dan untuk menghalalkan bagi kamu sebahagian (dari perkara-perkara) yang telah diharamkan kepada kamu; dan juga aku datang kepada kamu dengan membawa satu mukjizat dari Tuhan kamu. Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah dan taatlah kepadaku." (Surah Ali Imran: 50)
🌼 Keterangan Ayat:
1. Nabi Isa a.s diutuskan untuk mengesahkan kebenaran Kitab Taurat yang telah diturunkan kepada Nabi Musa a.s!
2. Nabi Isa a.s juga diutuskan untuk menghalalkan sebahagian perkara yang telah diharamkan kepada Bani Israil!
3. Nabi Isa a.s datang dengan membawa mukjizat dari Allah SWT! Maka bertakwalah kepada Allah! Taatlah kepada RasulNya!
Rujukan tafsir: At-Tabari, Al-Qurtubi, Ibn Kathir.
🌼 Antara Petunjuk Ayat:
1. Allah SWT menetapkan hukum halal dan haram! Manusia perlu mengikut ketetapan Allah! Taat kepada perintahNya! Bukan ikut hawa nafsu!
2. Allah SWT menetapkan pensyariatan hukum-hakam bersesuaian dengan keadaan manusia pada waktu diturunkan wahyu!
3. Al-Quran diturunkan bersesuaian untuk manusia di akhir zaman! Allah SWT menjadikan Al-Quran sebagai petunjuk sampai hari kiamat!
🌼 Kaedah Beramal:
1. Hendaklah kita mengikut hukum-hakam yang telah ditetapkan oleh Allah SWT!
2. Hendaklah kita taat kepada perintah Allah dan RasulNya! Jangan ikut hawa nafsu!
3. Jangan kita pertikai kesesuaian Al-Quran! Allah Maha Mengetahui apa yang telah diturunkan!
Ya Allah jadikanlah kami orang yang taat kepada perintahMu dan RasulMu, bantulah kami untuk melaksanakan hukum-hakamMu. Aamiin.
.
Jom Join Telegram Channel Ceramah Ustaz dan Ustazah :
Klik link ini - https://t.me/ceramahdankewangan
Comments
Post a Comment