🌿 PENGHAYATAN HADIS 🌾
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْرٍ قَالَ رَجُلٌ إِنَّ الرَّجُلَ يُحِبُّ أَنْ يَكُونَ ثَوْبُهُ حَسَنًا وَنَعْلُهُ حَسَنَةً قَالَ إِنَّ اللَّهَ جَمِيلٌ يُحِبُّ الْجَمَالَ الْكِبْرُ بَطَرُ الْحَقِّ وَغَمْطُ النَّاسِ
Dari Abdullah bin Mas'ud dari Nabi SAW, baginda bersabda: "Tidak akan masuk syurga, orang yang di dalam hatinya terdapat seberat biji sawi dari kesombongan." Seorang laki-laki bertanya, "Sesungguhnya laki-laki menyukai apabila baju dan kasutnya bagus - cantik (apakah ini termasuk kesombongan)?" Baginda menjawab: "Sesungguhnya Allah itu cantik dan menyukai yang cantik, kesombongan itu menolak kebenaran dan meremehkan manusia." (HR Muslim No: 131) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Sifat sombong adalah sifat iblis, merasa dirinya lebih baik dari yang lain
2. Imam Nawawi berkata: Hadis ini berisi larangan dari sifat sombong iaitu menyombongkan diri kepada manusia, merasa diri sendiri lebih hebat, merendahkan orang lain, serta menolak kebenaran.
3. Tidak masuk syurga sesiapa yang memiliki sifat sombong dalam dirinya walaupun sebesar biji sawi.
4. Sifat sombong, merasa dia sahaja yang betul dan benar akan mendorong seseorang menolak kebenaran dan merendah serta memperlekeh orang lain.
5. Dalam kitab Riadussolihin, Sombong itu adalah menolak kebenaran dengan menolak dan berpaling darinya serta tidak mahu menerimanya. Sedangkan meremehkan manusia yakni merendahkan dan meremehkan orang lain, memandang orang lain tidak ada apa-apa dan melihat dirinya lebih dibandingkan dengan orang lain.
6. Suka kepada kecantikan pakaian tidak termasuk kepada sifat kesombongan.
Jauhi sifat sombong. Jadilah orang yang merendah diri.
Comments
Post a Comment