SURAH MENHINDARI PASANGAN DARI SIHIR PENCERAIAN




Rujuk lampiran


Maksudnya: "Mereka (membelakangkan Kitab ALlāh) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihati-nya dengan berkata: "Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji iman-mu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajari-nya)". 


Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh MENCERAIKAN antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu pada seseorang pun melainkan dengan izin ALlāh. 


Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telah pun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di Akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui."

(Surah Al-Baqarah: ayat.102)


Cara mengamalkannya; bacakan pada permukaan segelas yang mengandungi penuh air zamzam, lalu setelah selesai bacaan, dihembus kasar kepada permukaan gelas tersebut. Bacaannya ialah:


• Surah Al-Fatihah 

• Surah Al-Falah 

• Surah An-Nash 

• Ayatul Kursi 

• Surah Al-Baqarah ayat.102


Separuh daripada-nya di minum, manakala separuh lagi disapu pada anggota, dan caramya sama seperti kita mengambil tayammum.


WaLlāhu a'lam 

#lebaikampung

Comments