Tazkirah yang kita sampaikan, Allah akan tolong kita memperbaiki amalan-amalan kita. 



Perintah Allah kepada nabi dalam surah at Tur ayat 29. Allah berfirman yang bermaksud :


Bukit (Aţ-Ţūr):29 - 


"Maka tetaplah memberi peringatan, dan kamu disebabkan nikmat Tuhan kamu itu bukanlah seorang tukang tenung dan bukan pula seorang gila."



Jangan fikir tazkirah itu hanya untuk orang lain, tetapi fungsi utamanya adalah untuk individu yang memberi tazkirah. 


 Allah Ta'ala berfirman :


"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar (tazkirah), niscaya Allah memperbaiki amalan-amalan kamu­ dan mengampuni dosa-dosa kamu." (QS. Al Ahzab 70-71)


Jadi, dengan tazkirah yang kita sampaikan, Allah akan tolong kita memperbaiki amalan-amalan kita. 


Umpamakan kita membasuh baju. Apa yang pertama bersih? Adalah tangan kita. Baju yang kita basuh itu belum tentu bersih. Tetapi yang pasti tangan kita sudah bersih. 


Tazkirah yang kita buat pun begitu; yang pertama kali diperbaiki Allah Ta'ala adalah diri kita. 


Di dalam Al Qur’an ditegaskan bahawa tidak ada jaminan kalau kita memberi tazkirah kepada orang lain, maka dia akan dapat hidayah. Tetapi berdasarkan ayat di atas, yang ada jaminan dari Allah adalah Dia akan memperbaiki amalan-amalan kita melalui tazkirah yang kita sampaikan.


Namun perlu diingat, tazkirah sangat hebat ganjarannya. Prinsip pelaburan menyatakan "high return high risk." Jika tazkirah mempunyai ganjaran yang hebat, maka ujian yang dihadapi penyampai tazkirah juga hebat.


Ayat at-Tur di atas mengisyaratkan bahawa penyampai tazkirah akan berhadapan dengan ujian dituduh dengan tuduhan yang menyakitkan hati, seperti penyibuk, jaga tepi kain orang dan lain - lain. Sebab penyampai tazkirah utama, iaitu nabi dituduh dengan tuduhan yang lebih menyakitkan, seperti tukang tenung, penyihir, penyair dan orang gila.


Wallahu'alam 


Semoga kita beroleh manafaat....Aamin 


*#Jom Solat Dhuha*

💚 Allah 

💚 Rasulullah

Comments