Petang semalam habis ceramah sepasang suami isteri jumpa saya. Masing-masing rasa rumahtangga mereka tawar dan hambar. Tiada rasa kebersamaan dan keserasian lagi. Awak tu puncanya. Awak tu puncanya..
Ustaz, saya putus asa dengan isteri saya. Dia suka merungut jer. Kata saya itu ini..saya tak tolong dia. Kata saya sibuk hp. Saya penat juga ustaz. Dia nak saya layan dia macam permaisuri.
Abang solat tak. Jaga solat..
Solat tu saya mengaku saya cuai juga ustaz.
Abang, cuai juga ke..betul-betul cuai..
Yer ustaz, selalu tinggal. Dah lama tak bangun Subuh. Kalau solat pun lambat..
Abang ada ajak isteri solat..dia pun sama jer ustaz. Suka lambat solat atau tak solat langsung.
Itulah sebab semuanya hambar. Dalam Al-Quran siapa berpaling dari peringatan Allah. Allah sempitkan hati kita. Semuanya ada tapi tak rasa bahagia. Kita terlupa nak bercinta sampai syurga. Nabi saw sangat baik dan rajin di rumah. Bila azan, Nabi saw seolah-olah tak kenal sesiapa. Saidina Abu Bakar ra kata siapa jaga solat Subuh awal waktu Allah jaga orang itu. Siapa pandang rendah pada janji Allah ini Allah murka padanya. Saidina Umar ra tulis disemua kepala surat kerajaan Islam ketika itu. Aku memberati solat lebih dari perintah yang lain kerana aku meyakini orang jaga solat,akan jaga perintah Allah yang lain.Lalai solat,dia akan lalai dalam semua perintah yang lain..
Allah sayang abang. Allah sayang kakak. Abang tadi peluk saya menangis. Saya salah ustaz. Saya salah. Takper abang. Isteri abang masih ada disebelah betulkan semuanya dengan jadi hamba Allah yang baik..Abang tadi peluk isterinya dan menangis. Basah baju. Abang tadi masuk kepala dalam baju menangis kesat air mata.
Rasailah, nikmat solat dalam keluarga. Masuk waktu solat ajak semua keluarga solat. Lelaki baik di masjid. Wanita awal waktu.Bawa semua anak-anak solat. Kemudian buat Talim rumah..
Sebab itu saya teringin nak bagitahu solat teramat penting dalam keluarga dan masyarakat kita-ebitlew
www.keluargasunnah.com
JomDaftar 29sept2018 matradeKl
Comments
Post a Comment