Jawapan kami;
Menurut Imam al-Nawawi, makruh mengharapkan mati kerana musibah yang menimpa. Inilah yang telah dinyatakan oleh para ulama Mazhab Syafi'i dan selainnya.
Diriwayatkan daripada Anas bin Malik radhiallahu anhu, Rasulullah sollallahu alaihi wa sallam bersabda:
لا يَتَمَنَّيَنَّ أَحَدُكُمُ المَوتَ لضُرٍّ أَصَابَهُ، فَإِنْ كَانَ لا بُدَّ فاعلاً، فَليَقُلْ:
"Janganlah salah seorang daripada kamu mengharapkan mati kerana kesengsaraan yang menimpanya. Maka jika memang perlu dia mengharapkan demikian, hendaklah dia berdoa;
اللَّهُمَّ أَحْيِنِي مَا كَانَتْ الْحَيَاةُ خَيْرًا لِي وَتَوَفَّنِي إِذَا كَانَتْ الْوَفَاةُ خَيْرًا لِي
"Ya Allah, hidupkanlah aku selama kehidupan itu lebih baik bagiku, dan matikanlah aku apabila kematian itu lebih baik bagiku." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Namun, jika mengharapkan mati disebabkan khuatir terhadap agamanya kerana rosak zaman, maka hukumnya tidak makruh (al-Azkar). Bahkan, jika mengharapkan mati syahid, kasih untuk bertemu Allah, ingin mati di tanah suci Mekah, maka ketika itu ia disunatkan (Busra al-Karim).
اليسع
Wallahu a'lam.
Koleksi Q&A Ustaz Alyasak
https://t.me/Q_A_Us_Alyasak_channel
Comments
Post a Comment