Kambing liar boleh tak buat Qurban?

Salam nk tye, kambing liar boleh x buat korban?


Jawapan kami;


Haiwan yang sah untuk dijadikan korban mestilah terdiri daripada haiwan ternakan (الأنعام), iaitu:


1. Kibas atau biri-biri.

2. Kambing.

3. Lembu.

4. Kerbau.

5. Unta.


Ini adalah berdasarkan ijmak dan firman Allah Taala;


لِيَشْهَدُوا مَنَافِعَ لَهُمْ وَيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ فِي أَيَّامٍ مَعْلُومَاتٍ عَلَىٰ مَا رَزَقَهُمْ مِنْ بَهِيمَةِ الْأَنْعَامِ ۖ 


"Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu, kerana pengurniaanNya kepada mereka dengan binatang-binatang ternakan (untuk dijadikan korban)..."(Surah al-Haj 28).


Bahkan, tidak pernah dinukilkan bahawa Rasulullah sollallahu alaihi wa sallam dan para sahabat pernah berkorban dengan selain binatang ternakan. Selain itu, korban adalah suatu ibadat yang berkaitan dengan haiwan. Maka ia dikhususkan dengan haiwan ternakan sepertimana dalam permasalahan zakat.


Justeru, haiwan liar seperti kambing hutan, lembu hutan atau seladang yang hidup di dalam hutan, tidak sah dijadikan korban. Ini disebabkan ia tidak termasuk dalam kategori haiwan ternakan (الأنعام). Begitu juga, haiwan kacukan di antara haiwan ternakan dan haiwan liar tidak sah dijadikan korban.

اليسع

Wallahu a'lam.


- Al-Majmuk

- Asna al-Matalib 

- Sabil al-Muhtadin

- Hasyiah al-Syarqawi


Koleksi Q&A Ustaz Alyasak

https://t.me/Q_A_Us_Alyasak_channel

Comments